Sunday 27 May 2012

Kagum melihat ketabahan ,kesabaran, kesungguhan dan keikhlasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datin Seri Wan Azizah....FESTIVAL ISTIMEWA UNTUK MU WANITA BERSAMA DSAI DAN DSWA DI SALAK TINGGI, SEPANG, SELANGOR DE...





Kali terakhir Omak melihat wajah Datin Seri Wan Azizah dari dekat ialah pada tahun 1998 ketika kemuncak Reformasi..Wajahnya tak banyak berubah.. sentiasa murah melemparkan senyuman....Paling Omak kagum ialah kulitnya...bersih berseri... tak perlu botox..bentuk badan yang slim..Kalau diikutkan akan dugaan dan tekanan yang beliau hadapi sudah pasti pada kebanyakkan orang air muka mereka akan jatuh nampak tua, sedangkan DSAW tidak tua sebelum waktunya..

Wajah dan watak yang amat sesuai untuk menjadi isteri Perdana Menteri Malaysia....bijak, peramah, penyabar,karisma, berani dan sentiasa menjaga langkahnya agar tidak dilihat melebehi peranannya sebagai seorang isteri pemimpin. Festival Istimewa Untuk Mu Wanita anjuran PKR Negeri Selangor di Salak Tinggi, Sepang dengan tetamu utama DSAI berjalan amat lancar sekali dengan sambutan meriah tetapi mesra

Terasa tiada jurang antara pemimpin maupun isteri pemimpin dengan rakyat jelata. Kami tidak rasa kekok bila berdepan dengan DSWA..Walaupun sebelum ini majlis DSAI dibaling dengan telur namun semangat juangnya sedikit tidak luntur dan sokongan rakyat semakin bertambah subur....Dilontar dengan batu keinginan rakyat mahukan beliau menjadi Perdana Menteri ke-7 tetap padu.

Bila kaum wanita menyokong PR.. maka hayat UMNO semakin dekat diliang lahad..

1 comment:

  1. bila terlihat wajah wajah wanita dibelakang TGNA,TGHA,DSAI dan LGE sudah sudahlah menabur fitnah,penganiayaan dan kezaliman yang tidak tergalas oleh logik akal.adakah salah mereka yang berkata benar?.bilamana kita tahu bersekongkol dengan pendusta dan penzalim kita akan berserta mereka menerima saham yang sama.adakah kita mengerti?.sudah sudahlah mari kita kembali kejalan yang dituntut oleh alquran,hadith serta sunnah.kebenaran akan tetap menolak kebathilan.BERJUANG KITA TETAP TERUSKAN.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...